1- Boleh kah kambing jantan yang cukup umur dan sihat tubuh badan tetapi telah di kasi@ dibuang batunya untuk dijadikan haiwan untuk mengerjakan ibadat akikah?
Kambing yang telah dikasi boleh dijadikan haiwan untuk dibuat akikah. Manakala kambing yang dibuang batunya sekiranya tidak mengurangkan jumlah dagingnya, maka ia dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan akikah sama seperti kambing yang dibuang tanduknya, kukunya, dicukur bulunya dan sebagainya.
2- Adakah kambing untuk dijadikan korban akikah semestinya kambing jantan?
Tidak semestinya kambing jantan, Namun lebih afdal menggunakan kambing jantan yang sihat dan tiada kecacatan langsung di samping mempunyai daging yang banyak.
3- Jika kambing betina dibolehkan untuk dijadikan haiwan korban akikah, apakah syarat2 yang membolehkan kambing bertina itu dikorbankan?
Kambing betina boleh juga dibuat korban atau dibuat akikah sama seperti kambing jantan, syaratnya kambing itu cukup umur (2 tahun setengah), tidak cacat dan hak milik yang sah.
4-Boleh kah perkiraan umur kambing untuk dijadikan kambing akikah berdasarkan penelitian pada gigi kambing?
Boleh berbuat demikian ia bermaksud kambing tersebut sudah bersalin gigi yang menandakan cukup umur.
5- Apakah syarat sebenar untuk haiwan dijadikan haiwan akikah?
Haiwan yang dijadikan akikah ialah haiwan ternakan yang berkaki empat yang paling besarnya adalah unta dan yang terkecilnya adalah kambing (tidak boleh dikorbankan arnab. landak, pelanduk, kancil dan sebagainya)